BRITAIN akan mengenakan sekatan terhadap Russia berkaitan perkhidmatan berasaskan negara itu termasuk perakaunan serta menyekat saluran berita pro-Kremlin dan wartawan mereka yang melaporkan pencerobohan Moscow dari dalam Ukraine.
“Dengan menyekat akses perunding pengurusan bertaraf dunia kami terhadap Russia, akauntan dan firma PR, kami meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Kremlin untuk mengubah haluan,” kata Setiausaha Perniagaan Kwasi Kwarteng dalam satu kenyataan.
Menurut Kerajaan Britain di London, perniagaan UK membekalkan 10% import kepada Rusia dalam sektor perkhidmatan dan negara itu kini sudah mendapat persetujuan bersama 1,600 individu dan entiti.
Russia juga dilihat bertindak balas dengan mengenakan sekatan yang sama.
“Mengenakan sekatan ke atas Russia kepada perkhidmatan British akan memberi lebih tekanan kepada Kremlin dan akhirnya membantu memastikan (Presiden Ruasia Vladimir) Putin gagal di Ukraine,” kata Setiausaha Luar Liz Truss.
Truss juga mengumumkan 63 sekatan termasuk pembekuan aset dan larangan perjalanan yang menjejaskan organisasi media yang bertanggungjawab atas apa yang dipanggil sebagai “pemberi maklumat kepada Kremlin”.
Perundangan baharu akan mewajibkan syarikat media sosial, penyedia perkhidmatan internet dan kedai aplikasi untuk menyekat kandungan daripada organisasi berita yang disokong Kremlin RT dan Sputnik, yang siaran televisyennya telah pun diharamkan.
Larangan perjalanan individu akan dikenakan kepada orang “ketara” yang bekerja untuk saluran milik kerajaan Channel One dan “organisasi propaganda strategik” lain, serta wartawan perang bersama tentera Rusia di Ukraine.
“Saluran TV terkenal, ‘Channel One’ didakwa menyebarkan maklumat salah di Russia, mewajarkan pencerobohan haram Putin sebagai ‘Operasi Ketenteraan Khas’,” kata kenyataan itu.
“UK akan terus bekerjasama rapat dengan platform media sosial dan sekutu untuk menyiasat, mendedah dan menentang operasi penyelewengan maklumat Kremlin.” – AFP, 4 Mei, 2022.
Komen