Turki sasar sejuta pelarian pulang ke Syria


Presiden Recep Tayyip Erdogan kerajaan Turki akan membina rumah dan infrastruktur di Syria dengan kerjasama organisasi tempatan dan antarabangsa. – Gambar AFP, 4 Mei, 2022.

ANKARA menetapkan sasaran untuk menggalakkan sejuta pelarian Syria yang berada di Turki pulang ke negara asal mereka, kata presidennya Recep Tayyip Erdogan.

Bagi mencapai matlamat itu kerajaan Turki akan membina rumah dan infrastruktur di Syria dengan kerjasama organisasi tempatan dan antarabangsa, katanya dalam ucapan menerusi video semalam.

Di bawah projek tersebut, Turki juga akan membina sekolah dan hospital serta infrastruktur lain.

Ketika ini lebih 6.3 juta pelarian Syria yang melarikan diri selepas perang saudara meletus pada 2011.

Erdogan berkata kira-kira 500,000 pelarian telah berjaya pulang dengan selamat ke zon-zon selamat di sempadan Turki-Syria sejak 2016. – AFP, 4 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen