Jepun meterai perjanjian pemindahan pertahanan dengan Thailand


Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (kiri) bertemu rakan sejawatannya dari Thailand Prayut Chan-o-cha (kanan), di Bangkok bagi membincangkan isu kepentingan global dan serantau. – Gambar EPA, 3 Mei, 2022.

JEPUN dan Thailand pada Isnin menandatangani perjanjian mengenai peralatan dan teknologi ketenteraan, kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Kishida bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha, di Bangkok untuk membincangkan isu kepentingan global dan serantau.

Kedua-dua pemimpin antara lain, sepakat bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Ukraine dan negara jiran, serta menangani situasi di Myanmar dan program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

“Perjanjian pemindahan peralatan dan teknologi pertahanan itu satu lagi langkah ke hadapan bagi mengembangkan kerjasama pertahanan dua hala,” kata Kishida  lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo.

Kishida dalam rangka lawatan mengadakan lawatan ke beberapa negara termasuk Indonesia, Vietnam dan Thailand serta Itali dan United Kingdom sejak Jumaat lepas. – Bernama, 3 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen