WANITA Pertama AS Jill Biden akan melawat Romania dan Slovakia minggu ini untuk bertemu dengan pelaria Ukraine dan pekerja misi kemanusiaan, anggota perkhidmatan AS dan kakitangan kedutaan, kata pejabatnya pada Isnin.
Romania dan Slovakia menerima ribuan pelarian Ukraine yang melarikan diri selepas negara mereka diceroboh Rusia.
Beliau akan berada di Slovakia pada Ahad, yang merupakan Hari Ibu di AS, Biden akan melawat bandar Kosice dan perkampungan Vysne Nemecke untuk bertemu pelarian, pekerja kemanusiaan dan rakyat Slovakia yang memberikan bantuan.
Lawatan wanita pertama itu adalah bukti sokongan AS terkini kepada Ukraine dan negara yang membantunya.
Ia berlaku selepas lawatan ke Kyiv oleh Speaker AS Nancy Pelosi yang bertemu Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu.
Sepanjang lawatannya bermula 5 hingga 9 Mei itu, Biden akan melawat kakitangan perkhidmatan AS di Romania pada Jumaat sebelum berlepas ke Bucharest.
Lawatannya juga akan menjelajah ibu kota Slovakia, Bratislava untuk bertemu kakitangan kedutaan AS dan pegawai kerajaan.
Hampir 5.5 juta pelarian melarikan diri dari Ukraine sejak Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan perang pada 24 Februari lalu, menurut agensi pelarian PBB, UNHCR.
Lebih tiga juta orang pergi ke Poland, dan Romania menerima 817,000 orang dan Slovakia menerima hampir 327,000 orang pelarian setakat 29 April lalu.
Presiden AS Joe Biden mencadangkan pakej bantuan sebanyak AS$33 bilion untuk persenjataan dan membantu Ukraine. – AFP, 2 Mei, 2022.
Komen