Australia tidak hantar atlet ke Sukan Asia di Hangzhou


Menurut penganjur mereka sedang membangunkan pelan kawalan virus seperti dilaksanakan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Februari lalu. – Gambar EPA, 1 Mei, 2022.

AUSTRALIA mengumumkan negara itu tidak akan menghantar atlet ke Sukan Asia tahun ini di Hangzhou, China.

Acara bersaiz Olimpik itu dijadualkan diadakan di Hangzhou dari 10-25 September, kurang daripada 200 kilometer di barat daya Shanghai, kawasan memerangi wabak Covid-19 terbesar besar.

Majlis Olimpik Asia menjemput sejumlah 300 atlet dan 150 kakitangan sokongan dari negara-negara di Oceania untuk mengambil bahagian buat kali pertama dalam pelbagai acara sukan itu.

“Tiada atlet dari Australia” akan mengambil bahagian, kata jurucakap Jawatankuasa Olimpik Australia dalam mesej kepada AFP.

Menurut penganjur mereka sedang membangunkan pelan kawalan virus seperti dilaksanakan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Februari lalu.

Bagaimanapun, mereka sudah memberikan beberapa butiran tentang bagaimana mereka berhasrat untuk meneruskan temasya itu jika dasar ketat sifar-Covid China kekal tidak berubah.

Bandar berpenduduk 12 juta itu akan menjadi yang ketiga di China yang menjadi tuan rumah acara sukan benua itu selepas Beijing pada 1990 dan Guangzhou pada 2010.

Beberapa acara akan diadakan di bandar wilayah lain termasuk Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua.

Menurut penganjur, semua 56 tempat pertandingan untuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia September ini telah siap. – AFP, 1 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen