Iran ampuni, ringankan hukuman lebih 1,500 banduan


Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei "bersetuju untuk mengampuni atau meringankan hukuman 1,542 banduan" sempena berakhirnya bulan Ramadan. – Gambar AFP, 1 Mei, 2022.

PEMIMPIN tertinggi Iran akan mengampuni atau meringankan hukuman penjara ke atas 1,542 banduan yang disabitkan bersalah sebagai isyarat menandakan berakhirnya Ramadan, menurut laman webnya semalam.

Ayatollah Ali Khamenei “bersetuju untuk mengampuni atau meringankan hukuman 1,542 banduan” sempena cuti Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan suci, katanya.

Pemimpin tertinggi secara rutin memberikan pengampunan kolektif pada hari kelepasan agama utama dengan penyelarasan ketua badan kehakiman.

Hari raya Aidil jatuh pada esok (Isnin) di Iran. – AFP, 1 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen