JUMLAH kematian akibat ribut yang melanda Filipina meningkat kepada sembilan orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu,
Ribuan mangsa yang dipindahkan daripada kediaman mereka bagaimanapun dibenarkan pulang selepas keadaan reda.
Tanah runtuh dan banjir berpunca daripada ribut tropika Sanba melanda di kawasan selatan kepulauan Mindanao pada Selasa menyebabkan lapan orang terbunuh, menurut jabatan pertahanan awam di wilayah itu.
“Kebanyakan kawasan yang dlanda banjir sudah pulih dan jalan raya yang ditutup sebelum ini sudah dibuka semula, tetapi kami menerima laporan dua orang lagi masih hilang,” kata pegawai pertahanan awam Mark Ya ketika dihubungi AFP dari bandar Butuan.
Seorang bayi turut dilaporkan terkorban di tengah kepulauan Leyte selepas rumah keluarganya tertimbus akibat tanah runtuh, kata menurut pejabat pertahanan awam wilayah itu.
Ribut Sanba menyebabkan lebih 21,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka, kebanyakannya di pantai timur Mindanao, menurut pejabat pertahanan awam Manila. Bagaimanapun Yap berkata, ramai yang sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Sanba dilaporkan menuju ke negeri barat kepulauan Palawan pada petang Rabu. Namun ia dilaporkan semakin lemah selepas merentasi Laut Sulu dan kini hanya bertiup pada kelajuan 60 kilometer sejam, menurut perkhidmatan kaji cuaca negara itu.
Kepulauan itu secara puratanya dilanda 20 ribut atau taufan setiap tahun, kebanyakannya berbahaya.
Rekod paling buruk ialah Taufan Haiyan yang menyebabkan lebih daripada 7,350 terkorban atau hilang di seluruh tengan Filipina pada November 2013. – AFP, 14 Februari, 2018.
Komen