JERMAN semalam memfailkan kes terhadap Itali di Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana Rome terus menuntut pampasan Perang Dunia Kedua, seterusnya “gagal menghormati kekebalan kedaulatannya”, kata mahkamah.
Mahkamah tertinggi PBB itu pada 2012 memutuskan yang Itali gagal memenuhi tanggungjawabnya dengan membenarkan mangsa jenayah Nazi antara 1943 hingga 1945 untuk menuntut pampasan dari Jerman.
Bagaimanapun, walaupun keputusan mahkamah dikeluarkan, mahkamah Itali “sejak 2012 terus melayan jumlah besar tuntutan, melangggar kekebalan kedaulatan Jerman”, kata Berlin.
Jerman secara khusus merujuk kepada penghakiman pada 2014 oleh Mahkamah Perlembagaan Itali yang membenarkan “tuntutan individu mangsa jenayah perang dan jenayah kemanusiaan untuk di bawa ke negara asing berdaulat”.
Penghakiman itu “dibuat secara sedar ia melanggar undang-undang antarabangsa dan tugas Itali untuk mematuhi penghakiman badan kehakiman utama PBB,” kata Jerman lagi.
Menurut ICJ, Jerman berkata sekurang-kurangnya 25 kes baharu mendakwa Berlin di mahkamah Itali dan dalam 15 prosiding, mereka “melayan dan memutuskan tuntutan boleh dibuat terhadap Jerman berkaitan tindakan tenteranya pada Perang Dunia Kedua”.
Jerman yang bertahun-tahun berdepan tuntutan pampasan di mahkamah Itali yang difailkan keluarga jenayah perang Nazi memfailkan aduan kepada ICJ pada Disember 2008.
Berlin berhujah isu pampasan sudah diselesaikan menerusi kerangka perjanjian pasca perang antarabangsa.
Berpangkalan di Hague, ICJ ditubuhkan pada 1946 untuk menyelesaikan pertikaian antara negara. Penghakiman sah secara undang-undang dan tidak boleh dirayu tetapi ia tidak mempunyai kaedah penguatkuasaan. – AFP, 30 April, 2022.
Komen