1,000 kanak-kanak migran di AS masih terpisah daripada keluarga


Setakat ini pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Presiden Joe Biden telah berjaya menyatukan 200 kanak-kanak migran dengan ibu bapa mereka, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. – Gambar AFP, 29 April, 2022.

KIRA-KIRA 1,000 kanak-kanak migran terpisah daripada ibu bapa mereka ekoran dasar yang laksanakan pentadbiran bekas presiden Donald Trump pada 2018, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS).

Setakat ini pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Presiden Joe Biden telah berjaya menyatukan 200 kanak-kanak migran dengan ibu bapa mereka.

“Bagaimanapun, terdapat kira-kira 1,000 lagi yang masih terpisah,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Alejandro Mayorkas pendengaran kongres mengenai pembiayaan untuk jabatan itu semalam.

Mayorkas dalam pada itu mengesahkan pegawai AS telahpun menghubungi ibu bapa kepada 500 kanak-kanak, manakala 400 lagi dalam proses penyatuan semula.

Menurut DHS hampir 4,000 kanak-kanak dipisahkan daripada keluarga mereka di sempadan AS-Mexico selepas pentadbiran Trump melaksanakan dasar imigresen ‘toleransi sifar’ yang mengundang kontroversi pada 2018.

Sejurus selepas pelantikannya sebagai presiden, Biden memansuhkan dasar tersebut dan menubuhkan pasukan petugas bagi  menyatukan keluarga migran yang terpisah. – AFP, 29 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen