PENYANDANG jawatan presiden Perancis Emmanuel Macron memenangi pilihan raya presiden 2022 dengan memperoleh 18,779,641 undi (58.54 peratus), menurut keputusan awal dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri pada malam Ahad.
Sementara itu, pencabar Macron, calon dari parti sayap kanan, Marine Le Pen, memperoleh 13,297,760 undi (41.46), lapor Xinhua.
Kira-kira 48,752,500 rakyat Perancis telah mendaftar sebagai pengundi tetapi hanya 35,096,391 yang keluar mengundi.
Keputusan akhir pilihan raya presiden dijangka diumumkan Majlis Perlembagaan Perancis selepas mendapat pengesahan.
Pada 2017, Macron dan Le Pen turut bersaing jawatan presiden yang menyaksikan Macron memenangi jawatan itu dengan 66.1 peratus undi. – Bernama, 25 April, 2022.
Komen