PENYERANG menembak mati pengawal keselamatan seorang jeneral Pengawal Revolusi Iran hari ini dalam serangan yang berlaku di satu sekatan di kawasan tenggara negara itu, lapor media.
Agensi berita Irna melaporkan kejadian tembakan itu berlaku di Sistan-Baluchistan, wilayah sempadan Pakistan-Afgahnistan yang sering menjadi kawasan pertempuran pasukan bersenjata dan tentera.
Pengawal yang terbunuh itu dikenalipasti sebagai Mahmoud Absalan, anak General Parviz Absalan, komander Pengawal Revolusi Islam di wilayah itu.
Televisyen negara itu berkata penyerang melepaskan tembakan di sekatan jalan, terletak di pintu masuk bandar Zahedan.
Kesemua dalang serangan sudah ditahan.
Wilayah Sistan-Baluchistan yang miskin adalah kawasan pertempuran antara kumpulan penyeludup, kumpulan pemisah minoriti Baluchi dan kumpulan pelampau militan.
Pada Januari, media melaporkan tiga anggota Pengawal antara sembilan orang terbunuh dalam pertempuran dengan “penjenayah bersenjata” di wilayah itu.
Dan pada November, Irna melaporkan yang tiga anggota keselamatan terbunuh dalam serangan di wilayah sama.
Kejadian hari ini berlaku dua hari selepas Iran mengumumkan ia menahan tiga orang di wilayah itu yang dikaitkan dengan agensi perisikan Israel, Mossad. – AFP, 23 April, 2022.
Komen