Israel tutup pintu sempadan untuk pekerja Gaza


Pintasan Erez adalah satu-satunya pintu sempadan untuk pekerja dan peniaga dari Gaza. – Gambar AFP, 23 April, 2022.

ISRAEL akan menutup satu-satunya pintu sempadan ke Tebing Gaza untuk pekerja bermula esok selepas militan di kawasan Palestin itu menembak tiga peluru berpandu ke negara Yahudi itu.

“Susulan roket yang ditembak ke arah wilayah Israel dari Tebing Gaza malam tadi, diputuskan yang pergerakan masuk ke Israel untuk peniaga dan pekerja Gaza menerusi Pintasan Erez tidak dibenarkan bermula Ahad,” kata Cogat, unit Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab untuk hal ehwal awam Palestin, dalam satu kenyataan hari ini.

Malam tadi, dua roket ditembak dari Gaza ke selatan Israel, dengan salah satunya mengenai negara itu dan satu lagi jatuh di bangunan kediaman di utara Gaza, kata sumber Palestin dan Israel.

Awal hari ini,roket ketiga ditembak ke arah Israel, kata tentera, dengan tiada amaran serangan udara dikeluarkan untuk kesemua kejadian itu.

Kejadian tersebut serupa dengan serangan sama pada Rabu dah Khamis lalu, berlaku ketika polis Israel bertempur dengan pembantah Palestin di Masjid Al-Aqsa sejak beberapa hari lepas.

Israel melancarkan serangan balas selepas kejadian terdahulu, tetapi kini bertindak balas dengan mengenakan tekanan ekonomi dengan menutup Erez, membayangkan serangan akan datang akan menambah tekanan yang diberikan.

“Pembukaan semula sempadan akan diputuskan selaras dengan penilaian keselamatan semasa,” tambah Cogat dalam kenyataan itu. – AFP, 23 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen