10 hilang dalam kemalangan kedua lombong arang batu di Poland


Pasukan penyelamat di lombong arang batu Pniowek Jastrzebska Spolka Weglowa (JSW) di Pawlowice selatan Poland. – Gambar EPA, 23 April, 2022.

SERAMAI 10 orang hilang hari ini selepas beberapa hari kemalangan pertama berlaku di lombong arang batu di selatan Poland.

“Penyelamat tidak dapat berhubung dengan 10 orang mangsa berkenaan,” kata syarikat JSW di lombong di Zofiowka dalam satu kenyataan.

Satu gegaran menggegarkan lombong pada 3.40 pagi mencetuskan kebocoran metana, kata syarikat itu.

Pada 2018 lima pelombong terbunuh dalam gempa bumi yang melanda lombong yang sama.

JSW juga merupakan pemilik sebuah lombong di Pniowek kira-kira 230 kilometer ke selatan di mana kemalangan pada Rabu mengorbankan lima orang dan menyebabkan tujuh orang hilang.

Pencarian ketujuh-tujuh mangsa itu dibatalkan semalam berikutan keadaan lubang yang terlalu berbahaya untuk pasukan penyelamat, kata JSW.

Analisis situasi memaksa mereka meninggalkan operasi menyelamat yang dijalankan untuk menyelamatkan tujuh pelombong yang masih terperangkap, kata ketua syarikat JWS Tomasz Cudny kepada pemberita semalam.

“Ia satu keputusan yang sangat sukar.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk menghantar penyelamat ke kawasan yang sangat berbahaya,” kata Cudny.

Poland, yang bergantung kepada arang batu untuk sebahagian besar kuasanya berdepan beberapa kemalangan perlombongan lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain kemalangan di Zofiowka pada 2018, tahun lalu dua lelaki terbunuh dan dua lagi cedera apabila temboh bawah tanah runtuh di lombong selatan Myslowice-Wesola. – AFP, 23 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen