Zelensky mohon bekalan senjata berat dari Portugal


Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ketika berucap melalui pautan video yang disiarkan di parlimen Portugal semalam. – Gambar EPA, 22 April, 2022.

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky pada Rabu meminta Portugal membekalkan “senjata berat” dan mengukuhkan sekatan ke atas Rusia menerusi ucapan melalui pautan video yang disiarkan di parlimen Portugal, lapor Xinhua.

“Saya bersyukur atas peluang ini kerana anda berkongsi perasaan kami, yang berjuang untuk kemerdekaan, juga demi kelangsungan hidup,” kata Zelensky, merujuk kepada pengalaman dan sejarah Portugal.

Ucapan Zelensky selama 15 minit mendapat tepukan gemuruh di parlimen yang dihadiri Presiden Marcelo Rebelo de Sousa dan Perdana Menteri Antonio Costa.

Presiden itu berkata ucapan rakan sejawatannya dari Ukraine “menzahirkan rasa terima kasih” kepada Portugal dan “keinginan yang sangat kuat untuk bersatu dengan negara Eropah.” – Bernama, 22 April, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen