KKM lapor 6,069 kes baharu Covid-19


Raevathi Supramaniam

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 6,069 kes Covid-19, menyaksikan sedikit penurunan berbanding 7,140 pada hari sebelumnya.

Menerusi laman webnya CovidNow, sebanyak 12 kematian juga dilaporkan, dengan satu melibatkan kematian di luar hospital.

Ia menjadikan aktif di negarakini berjumlah 92,039 manakala jumlah kematian 35,449 dengan 4.2 juta pesakit pulih.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 3,180 kes, diikuti Kuala Lumpur (830) dan Negeri Sembilan (470).

Perak melaporkan 265 jangkitan, Pulau Pinang (237), Melaka (225), Johor (179), Sarawak (160), Kedah (124), Terengganu (124), Pahang (90), Sabah (79), Kelantan (49), Putrajaya (47), Perlis (6) dan Labuan (4).

Pangkalan data GitHub menunjukkan Perak melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan lima kematian.

Tiga kematian dilaporkan di Johor dan masing-masing satu kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang dan Putrajaya.

Kira-kira 1,988 orang kini dirawat di hospital manakala 97 berada di unit rawatan rapi dengan 64 menggunakan ventilator. – 20 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen