Seorang maut, 6 cedera kapal tangki minyak meletup


Seorang terbunuh dan enam yang lain cedera selepas sebuah kapal tangki minyak meletup di timur Hong Kong semalam, kata pihak berkuasa. – Gambar fail AFP, 17 April, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA seorang terbunuh dan enam yang lain cedera selepas sebuah kapal tangki minyak meletup di timur Hong Kong semalam, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Hong Kong berkata ia dimaklumkan pada 4.05 petang waktu tempatan berkenaan insiden itu yang berlaku di kawasan laut, 300km di timur Hong Kong.

Punca letupan belum dipastikan setakat ini, kata jurucakap kerajaan.

Kebakaran daripada letupan itu berjaya dikawal ketika penyelamat tiba, kata juruakap kerajaan.

Pihak berkuasa mengerahkan pesawat dan dua helikopter untuk menyelamatkan tujuh anak kapal yang dilaporkan cedera.

Seorang maut di tempat kejadian ketika pasukan penyelamat tiba.

Tiga lelaki warga Indonesia cedera parah, termasuk seorang mengalami kebakaran 30% di tubuhnya.

Dua lagi lelaki warga Indonesia dan Myanmar, mengalami cedera ringan. – AFP, 17 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen