Biden lapor pendapatan lebih RM2.5 juta pada 2021


Joe Biden dan isteri, Jill Biden melaporkan pendapatan pulangan cukai berjumlah lebih RM2.5 juta pada 2021. – Gambar AFP, 16 April, 2022.

PRESIDEN AS Joe Biden yang berikrar menjadikan kewangan peribadinya telus ketika mentadbir, dan isterinya Jill Biden mengisytiharkan pulangan cukai bernilai AS$600,000 (RM2.5 juta) untuk tahun taksiran 2021, kata White House pada Jumaat.

Pasangan itu membayar AS$150,439 cukai untuk AS$610,702, untuk kadar cukai 24.6%, kata White House.

Dengan menerbitkan maklumat percukaian mereka, presiden dan isteri – yang bekerja sebagai profesor di luar White House- menghidupkan semula tradisi sejak 1970-an yang tidak dilakukan presiden terdahulu, Donald Trump.

Naib Presiden Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff mengisytiharkan pendapatan tahun 2021 sebanyak AS$1.6 juta untuk pulangan cukai persekutuan dan membayar kadar cukai 31.6% atau AS$523,371. – AFP, 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen