7 askar Pakistan maut serangan hendap pengganas


Tujuh askar Pakistan maut apabila sekumpulan pengganas menyerang hendap konvoi tentera berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan di daerah Waziristan. – Gambar AFP, 16 April, 2022.

SERAMAI tujuh askar terkorban dalam serangan pengganas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan Tentera (ISPR), insiden berlaku pada Khamis apabila sekumpulan pengganas menyerang hendap konvoi tentera berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan di daerah Waziristan.

Seramai empat pengganas turut terbunuh dalam kejadian itu. – Bernama, 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen