Lebih 5 juta larikan diri daripada perang di Ukraine


Agensi pelarian PBB berkata 4,796,245 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara itu sejak 24 Februari. – Gambar AFP, 16 April, 2022.

LEBIH 5 juta orang meninggalkan Ukraine sejak pencerobohan Rusia, menurut data PBB pada Jumaat.

Ia menjadi krisis pelarian paling pantas berkembang di Eropah sejak Perang Dunia II.

UNHCR, agensi pelarian PBB, berkata 4,796,245 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara itu sejak 24 Februari.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) PBB berkata hampir 215,000 warga negara ketiga itu melarikan diri ke negara jiran.

Angka pada Jumaat daripada UNHCR meningkat 59,774 berbanding yang dikeluarkan Khamis.

Lebih 2.7 juta pelarian Ukraine—hampir enam daripada 10 yang pergi sejak perang bermula—melarikan diri ke Poland dan lebih 725,000 sudah sampai ke Romania.

Angka UNHCR menunjukkan hampir 645,000 warga Ukraine melarikan diri pada Februari, dengan hampir 3.4 juta berbuat demikian pada Mac dan lebih 760,000 setakat bulan ini.

Wanita dan kanak-kanak menyumbang 90% daripada yang melarikan diri, dengan lelaki berumur 18 hingga 60 tahun bersedia menerima arahan tentera dan tidak boleh keluar.

Hampir dua pertiga daripada semua kanak-kanak Ukraine diarah keluar termasuk mereka yang masih berada di dalam negara.

Di luar data pelarian, IOM menganggarkan 7.1 juta orang meninggalkan rumah mereka tetapi masih berada di Ukraine.

Sebelum pencerobohan, Ukraine mempunyai populasi 37 juta di wilayah di bawah kawalan kerajaan, tidak termasuk Crimea yang dikawal Rusia serta wilayah kawalan pemisah pro-Rusia di timur. – AFP, 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen