Panglima tentera Pakistan tak lanjut penggal perkhidmatan


Panglima Tentera Pakistan Jeneral Qamar Javed Bajwa akan bersara pada 29 November. – Gambar AFP, 15 April, 2022.

PANGLIMA Tentera Pakistan Jeneral Qamar Javed Bajwa tidak akan menyambung penggal perkhidmatannya lagi, kata jurucakap tentera.

Panglima tentera itu “tidak memohon pelanjutan tugas dan tidak akan menerima pelanjutan dalam apa keadaan sekalipun,” kata Ketua Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) Mejar Jeneral Babar Iftikhar dalam satu sidang akhbar pada Khamis.

“Beliau akan bersara pada 29 November 2022,” tambah ketua pengarah ISPR itu.

Babar membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada spekulasi di Pakistan bahawa Bajwa sedang cuba mendapatkan pelanjutan tempoh perkhidmatan.

Memetik “persekitaran keselamatan serantau” pada Ogos 2019, kerajaan Imran Khan sebelum ini memberikan lanjutan tiga tahun kepada Bajwa, yang tempohnya akan tamat pada November tahun itu. – Bernama, 15 April, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen