Kapal selam Rusia tembak peluru berpandu di Laut Jepun


Kementerian Pertahan Jepun mendakwa dua kapal selam Rusia telah melancarkan peluru berpandu jelajah semasa latihan di Laut Jepun. – Gambar AFP, 14 April, 2022.

KAPAL selam Rusia di Laut Jepun telah menembak peluru berpandu jelajah semasa latihan, kata kementerian pertahanan pada Khamis, ketika ketegangan dengan Tokyo berhubung sokongannya terhadap Ukraine.

Kementerian itu mengumumkan dua kapal selam di timur Rusia, Petropavlovsk-Kamchatsky dan Volkov, menembak peluru berpandu jelajah Kalibr dari dalam air ke sasaran.

Ia menyiarkan rakaman video peluru berpandu yang muncul dari laut ketika kru kapal selam membuat simulasi serangan peluru berpandu.

Jepun telah menyertai sekatan keras Barat ke atas Moscow dan mengalu-alukan ratusan rakyat Ukraine yang melarikan diri dari konflik itu selain turut menghantar bantuan.

Jumaat lepas, Tokyo mengumumkan sekatan baharu termasuk pengharaman arang batu Rusia, import tenaga penting, serta pengusiran lapan diplomat Rusia atas “jenayah perang” di Ukraine.

Pada Mac, Rusia berkata berikutan tindak balas Jepun terhadap konflik itu, ia telah meninggalkan usaha diplomatik yang telah lama wujud untuk mencapai perjanjian damai secara rasmi menamatkan Perang Dunia II dengan Jepun.

Ini telah dihalang oleh pertikaian mengenai empat pulau yang dikuasai Rusia, yang Jepun gelar sebagai Wilayah Utara. – AFP, 14 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen