Rusia ancam serang pusat pemerintahan Kyiv 


Kementerian Pertahanan Rusia semalam mengesahkan tenteranya kini menguasai sepenuhnya pelabuhan di Mariupol. 

Moscow ancam serang pusat pemerintahan Kyiv 

TENTERA Rusia semalam mengancam akan menyerang pusat pemerintahan Ukraine di Kyiv jika wilayahnya diserang.

“Kami melihat tentera Ukraine cuba untuk melakukan sabotaj dan menyerang wilayah Russia.

“Sekiranya ia berterusan, angkatan tentera Russia akan menyerang pusat pemerintahan Ukraine, termasuk di Kyiv,”  kata Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.

Sejak Presiden Rusia Vladimir Putin menghantar angkatan tentera ke Ukraine pada 24 Februari lalu, Moscow menuduh tentera Kyiv menyerang wilayah di selatan Rusia.

Awal bulan ini tentera Rusia berundur dari kawasan utara Kyiv dan kini menumpukan semula usaha untuk menawan lebih banyak wilayah di timur Ukraine.

Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Pertahanan mengesahkan tentera Rusia kini menguasai sepenuhnya pelabuhan di Mariupol. 

Tambahnya, tentera Ukraine dan anggota batalion Azov yang terbabit dalam pertahanan di Mariupol juga telah dikepung. – AFP, 14 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen