Seorang rakyat Palestin maut ditembak di Tebing Barat


Ahli keluarga menangisi kematian Muhammad Hassan Assaf, 34, di Hospital Rafedya di bandar Nablus Tebing Barat. Mangsa maut ditembak oleh tentera Israel. – Gambar EPA, 13 April, 2022.

SEORANG lelaki Palestin maut akibat terkena tembakan ketika pertempuran di Tebing Barat pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Muhammad Hassan Assaf, 34, maut selepas ditembak di dada oleh tentera Israel di bandar Nablus, lapor Agensi Anadolu.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak awal April susulan Israel menjalankan serbuan dengan alasan menahan rakyat Palestin yang “dikehendaki”.

Sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan di Tebing Barat pada bulan lepas. – Bernama, 13 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen