TENTERA Israel menahan 19 rakyat Palestin dalam serbuan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur semalam hingga turut mencetuskan pertempuran di sebuah universiti.
Kelab Tahanan Palestin mendakwa tentera Israel menyerbu Hebron, Bethlehem, Salfit, Tulkarem, Jenin dan Tubas, serta kawasan kejiranan Baitulmaqdis Timur pada waktu malam dan pagi Selasa, lapor Agensi berita Jordan (Petra).
Tentera Israel turut menyerbu kampus Universiti Teknikal Palestin di Tulkarem di utara Tebing Barat.
Dua pelajar Palestin cedera terkena tembakan peluru logam bersalut getah dan berpuluh-puluh lagi terhidu gas pemedih mata. – Bernama, 13 April, 2022.
Komen