Jordan perkenal visa pelancong bagi tempoh 5 tahun


Jordan umum visa pelancong kemasukan berbilang baharu yang sah digunakan bagi tempoh lima tahun bagi menarik kedatangan pelancong dan pelabur. – Gambar EPA, 12 April, 2022.

JORDAN mengumumkan visa pelancong kemasukan berbilang baharu yang sah digunakan bagi tempoh lima tahun, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Petra.

Menteri Dalam Negeri Mazen Faraya berkata visa baharu itu membenarkan pemegangnya bermastautin di negara itu selama tiga bulan setiap kali kunjungan.

Langkah itu diambil bagi menarik kedatangan pelancong, ahli perniagaan dan pelabur, menggalakkan pembangunan, dan meningkatkan sektor ekonomi negara.

Kementerian menerusi jawatankuasa teknikal khusus akan mengkaji semula prosedur bagi meningkatkan peranannya dalam mempromosikan pelaburan dan memudahkan perjalanan pergi balik, kata Faraya. – Bernama, 12 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen