SEKUMPULAN lelaki bersenjata membunuh lapan orang termasuk empat kanak-kanak dalam satu serangan berhampiran sebuah rumah di Mexico City semalam, kata pihak berkuasa.
Enam wanita dan dua lelaki mati dalam kejadian tembakan di Tultepec, kata pejabat pendakwa raya State of Mexico.
Satu siasatan dilancarkan bagi mencari motif dah pelaku, katanya.
Pihak berkuasa tidak memberi lebih maklumat mengenai mangsa, tetpai laporan media berkata mereka ahli keluarga.
Mexico menyaksikan keganasan berkaitan geng semakin meningkat sejak 2006, apabila kerajaan melancarkan operasi anti dadah yang kontroversi bersama tentera persekutuan.
Lebih 340,000 pembunuhan direkodkan sejak itu, kebanyakannya dikaitkan dengan pergaduhan antara penjenayah. – AFP, 12 April, 2022.
Komen