PERSAINGAN antara Presiden Perancis Emmanuel Macron dan pencabar terdekatnya Marine Le Pen diramalkan sengit pada pusingan akhir pilihan raya presiden yang akan berlangsung 24 April, menurut tinjauan.
Tinjauan Ifop-Fiducial meramalkan persaingan sengit dengan Macron meraih undian 51%, manakala Le Pen dari sayap kanan 49%.
Tinjauan dijalankan selepas undian pusingan pertama ditutup semalam. Macron mendahului Le Pen dalam pusingan pertama semalam dengan unjuran 28.6 hingga 29.7% undian, sementara Le Pen 23.5 hingga 24.7%.
Dalam pilihan raya 2017, Macron menang dengan 66% undian, menewaskan Le Pen yang mendapat undian 34%.
Manakala tinjauan oleh psos-Sopra Steria dan OpinionWay pula meramalkan Macron menang dengan undian 54% berbanding Le Pen 46%. – AFP, 11 April, 2022.
Komen