Peru isytihar darurat sektor pelancongan


Sektor pelancongan Peru terjejas teruk kerana pandemik Covid-19. – Gambar AFP, 10 April, 2022.

PERU semalam mengisytiharkan darurat kecemasan sektor perlancongannya yang kini kritikal disebabkan Covid-19.

Negara itu yang sebelum pandemik menerima sekitar 4.4 juta pelancong asing pada 2019 hanya menerima 900,000 orang pada 2020. Tahun lepas hanya 400,000 pelancong tiba, menurut data rasmi.

Kementerian Perdagangan Asing dan Pelancongan akan meluluskan pelan darurat itu dalam tempoh 15 hari, termasuk langkah kewangan dan pelaburan promosi pelancongan.

Dikenali kerana Machu Picchu dan pelbagai hidangan uniknya, ekonomi Peru jatuh menjunam kepada 11.12% pada 2020 dan berada dalam fasa kelembapan ekonomi sehingga Jun tahun lepas, tetapi sektor pelancongan adalah yang paling teruk terjejas.

Pada Disember lepas, Peru mengalami gelombang ketiga pandemik, tetapi kes jangkitan semakin menurun sejak beberapa minggu lepas.

Dengan penduduk seramai 33 juta orang, Peru melaporkan lebih 3.5 juga kes Covid-19 dengan lebih 212,000 kematian. – AFP, 10 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen