PENGEBOMAN dibuat Rusia membunuh lima orang awam dan mencederakan lima yang lain di dua bandar di timur Ukraine semalam, kata gabenor tempatan.
“Hari ini, lima orang terbunuh disebabkan pengeboman Rusia ke atas wilayah Donetsk,” kata Gabenor Donetsk Pavlo Krylenko di Telegram.
Empat mangsa terbunuh di bandar Vugledar dan seorang di bandar Novomikhaylovka, tambahnya.
Pertempuran semakin hebat berlaku di wilayah itu, dengan pihak berkuasa menggesa penduduk berpindah sebelum Rusia melancarkan operasi ketenteraan sepenuhnya.
Semalam tentera Ukraine menerusi Facebook mengumumkan yang ia “memunsahkan empat kereta kebal, lapan kenderaan berperisai dan tujuh kenderaan musuh”, serta “sebuah pesawat, sebuah helikopter dan drone”.
Di utara Ukraine pula, di wilayah Kharkiv, “sekurang-kurangnya dua orang maut di Slatyne kerana pengeboman Rusia dan seorang lagi cedera”, kata Datuk Bandar Dergachi Vyacheslav Zadorenko di Facebook. – AFP, 10 April, 2022.
Komen