Pindaan Perlembagaan halang lompat parti sangat bahaya, kata peguam


Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang akan mengawal kebebasan berpersatuan berkaitan keahlian parti akan dibentang dalam sidang khas Parlimen pada Isnin ini. – Gambar AFP, 9 April, 2022.

PINDAAN Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang antilompat parti dilaksanakan berbahaya dan memberi kuasa kepada kerajaan mengawal parti politik, kata seorang peguam.

Peguam New Sin Yew mengulas cadangan kepada pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan, yang akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Cadangan tersebut adalah memasukkan klausa baharu, 3(A), bagi membolehkan undang-undang untuk menyekat ahli Parlimen dan Adun melompat parti.

New menerusi Twitter semalam berkata pindaan tidak akan tidak menghentikan lompat parti, malah membuka ruang kepada kerajaan menyalahguna kuasa untuk mengawal parti politik.

Klausa baharu yang dicadangkan juga membenarkan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan Adun dihadkan oleh undang-undang persekutuan, tambahnya.

“Sebagai contoh, secara hipotesis undang-undang boleh diluluskan untuk memecat ahli Parlimen/Adun daripada parti politik mereka kerana didenda RM1,000,”

“Satu lagi contoh ialah, undang-undang juga boleh diluluskan untuk meletakkan syarat lain seperti ahli Parlimen yang pernah ditahan atas alasan keselamatan negara (misalnya Ops Lalang) atau didakwa di mahkamah (ramai ahli Parlimen),” kata New di Twitter. – 9 April, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen