BEKAS presiden Burkina Faso Roch Marc Christian Kabore, dibenarkan pulang ke tanah air semalam, setelah ditahan pada 24 Januari ketika rampasan kuasa tentera menggulingkan pentadbirannya, lapor Xinhua.
Kabore pulang ke kediamannya di ibu negara Ouagadougou dan langkah keselamatan akan diambil untuk melindunginya, menurut satu kenyataan dikeluarkan kerajaan sementara.
Pada 24 Januari, tentera mengumumkan mereka mengambil alih pemerintahan Kabore, setelah pengurusannya terhadap krisis keselamatan negara sejak 2015 didakwa “tidak berkesan”.
Parti politiknya, Gerakan Rakyat untuk Kemajuan (MPP) dan pertubuhan serantau, seperti Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS), menuntut pembebasannya tanpa syarat. – Bernama, 7 April, 2022.
Komen