Russia sembunyi bukti ribuan terbunuh di Mariupol, kata Zelensky


Orang awam berkumpul di sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan di Mariupol susulan tentera Russia menyerang dan mengepung bandar pelabuhan itu. – Gambar EPA, 7 April, 2022.

RUSSIA menyekat akses kemanusiaan di bandar pelabuhan Mariupol yang ditawannya kerana menyembunyikan bukti ribuan orang terbunuh di situ, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

“Sebab mengapa kita tidak boleh masuk ke Mariupol dengan kargo kemanusiaan ialah kerana mereka takut, dunia akan lihat apa yang berlaku di sana,” kata Zelensky menerusi stesen televisyen Turki, Haberturk TV.

“Saya fikir berlaku tragedi di sana, ia bagai neraka, ribuan orang terbunuh di sana dan ribuan lagi tercedera,” katanya.

Namun beliau menyuarakan keyakinan yang Russia tidak akan berjaya menyembunyikan semua bukti.

“Mereka tidak akan dapat menyembunyikan semua ini dan mengebumikan semua rakyat Ukraine yang terbunuh dan cedera. Ia ribuan manusia, mustahil untuk disembunyikan.”

Zelensky berkata Russia sudah pun cuba menyembunyikan bukti jenayahnya di bandar Bucha, di pinggi Kyiv dan beberapa kawasan sekitarnya, di mana Ukraine mendakwa Moscow melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. – AFP, 7 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen