Hadir majlis gala, anggota Kabinet, wakil rakyat AS positif Covid-19


Peguam Negara Merrick Garland, 69, yang menghadiri majlis gala makan malam bersama ahli politik kanan, disahkan positif Covid-19. – Gambar fail AFP, 7 April, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA dua anggota Kabinet Presiden Joe Biden dan beberapa wakil rakyat lagi didapati positif Covid-19 selepas menghadiri satu acara.

Majlis makan malam yang menggabungkan ahli politik kanan, tokoh media, anggota diplomatik dan pemimpin perniagaan itu dianjurkan kembali selepas dua tahun pandemik.

Jabatan Keadilan mengumumkan semalam Peguam Negara Merrick Garland, 69, yang menghadiri majlis itu, disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo, 50, turut positif selepas hadir acara itu, kata pejabatnya.

Sekurang-kurangnya dua wakil rakyat Demokratik yang hadir acara itu juga positif, kata The Washington Post.

Biden tidak menghadiri majlis itu, tetapi menyertai beberapa acara dihadiri ramai tetamu sejak beberapa hari lalu, di mana ada tetamu yang tidak memakai topeng pelitup muka.

Residen berusia 79 tahun itu didapati negatif pada Isnin, kata White House, seminggu selepas menerima dos penggalak kedua Covid.

Naib Presiden Kamala Harris mungkin terdedah kepada Covid-19 baru-baru ini, dengan pejabatnya melaporkan pengarah komunikasi naib presiden didapati positif dan adalah kontak rapatnya. – AFP, 7 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen