AMERIKA Syarikat (AS) mengumumkan pada Selasa ia akan menghantar AS$100 juta senjata antiperisai tambahan ke Ukraine.
“Saya telah luluskan pengeluaran segera bantuan keselamatan bernilai sehingga AS$100 juta untuk memenuhi keperluan mendesak Ukraine untuk sistem antiperisai tambahan,” kata Blinken dalam satu kenyataan.
Tambahnya “dunia terkejut dengan kekejaman tentera Rusia di Bucha dan di seluruh Ukraine.”
Jurucakap Pentagon John Kirby, dalam satu kenyataan berasingan, berkata pembiayaan tambahan akan digunakan “untuk memenuhi keperluan mendesak Ukraine untuk sistem antiperisai Javelin tambahan.”
Rakyat Ukraine telah menggunakan peluru berpandu dilancar dari bahu “dengan begitu berkesan untuk mempertahankan negara mereka,” katanya.
Pada 1 April, Pentagon mengumumkan tambahan AS$300 juta bantuan ketenteraan.
Kirby berkata, tahap terbaharu itu membawa bantuan ketenteraan AS ke Ukraine kepada “lebih AS$1.7 bilion sejak permulaan pencerobohan yang dirancang dan tidak diprovokasi oleh Rusia pada 24 Februari,” dan lebih daripada AS$2.4 bilion sejak permulaan penggal Presiden AS Joe Biden. – AFP, 6 April, 2022.
Komen