Najib mahu usaha sama 1MDB-PSI diteruskan, kata saksi


Raevathi Supramaniam

Saksi perbicaraan 1MDB hari ini berkata bekas perdana menteri Najib Razak mahu usaha sama 1MDB-PetroSaudi AS$1 bilion diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 April, 2022.

BEKAS perdana menteri Najib Razak mahu usaha sama 1MDB-PetroSaudi AS$1 bilion diteruskan, kata saksi dalam perbicaraan 1MDB kepada mahkamah hari ini.

Bekas ahli lembaga pengarah 1MDB Ismee Ismail berkata beliau memberi tanggapan bahawa Najib mahu usaha sama itu dilakukan berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh.

“Saya menganggap perdana menteri mahu ia (usaha sama) dilakukan,” kata Ismee kepada mahkamah ketika disoal oleh Ketua Pendakwa Raya Shafee Abdullah.

Bakke semasa perbicaraan audit 1MDB minggu lalu berkata Najib dalam panggilan telefon pada 26 September 2008 sebelum mesyuarat lembaga pengarah memberitahu lembaga pengarah supaya tidak menghabiskan banyak masa melihat transaksi lama dan fokus kepada cadangan usaha sama itu.

Bakke memberi keterangan Najib memberitahunya supaya memberi perhatian kepada cadangan PSI kerana perbincangan itu berlangsung sejak sekian lama.

Najib mengarahkan Bakke meneliti cadangan itu kerana ia adalah perjanjian kerajaan kepada kerajaan sambil menambah beliau menantikan majlis menandatangani perjanjian itu.

Perbualan dengan Bakke ini dibuat menerusi telefon ahli perniagaan Low Taek Jho. Najib menghubungi Low yang turut hadir dalam mesyuarat itu. Low kemudian menyerahkan telefon kepada Bakke bagi membolehkan Najib memnyampaikan mesejnya secara langsung.

Shafee kemudian bertanya kepada Ismee sama ada Bakke menyampaikan mesej tepat yang disampaikan oleh Najib kepadanya.

Shafee menegaskan Bakke tidak mengatakan Najib mengarahkan lembaga untuk melakukan perjanjian itu.

“(Najib berkata beliau) suka lembaga itu mempertimbangkan dan menegaskan sesuatu keputusan. Beliau tidak mengarahkan apa keputusan yang perlu dibuat.

“Bukankah itu jenis mesej yang disampaikan oleh Bakke kepada lembaga pengarah?,” soal peguam itu. – 6 April, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen