Indonesia perkenal semula lawatan tanpa visa bagi warga Asean


Warga asing dari sembilan negara anggota Asean yang lain boleh masuk Indonesia tanpa visa hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19, negatif ujian saringan PCR yang diambil 48 jam sebelum ketibaan. – Gambar AFP, 6 April, 2022.

KERAJAAN Indonesia memperkenalkan semula dasar lawatan tanpa visa untuk rakyat dari negara anggota Asean, lapor Xinhua, memetik Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia pada Selasa.

“Dengan dasar baharu ini, warga asing dari sembilan negara anggota Asean yang lain boleh masuk tanpa visa,” kata Pengarah Trafik Imigresen Amran Aris.

Mereka hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19, negatif ujian saringan PCR yang diambil 48 jam sebelum ketibaan, dan menggunakan aplikasi PeduliLindungi pada telefon mudah alih. 

Selain itu, mereka juga tidak lagi perlu menjalani saringan PCR semasa ketibaan jika lulus pemeriksaan suhu.

Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa di Yogyakarta, Makassar, Medan dan Pekanbaru telah dibuka semula. – Bernama, 6 April, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen