Bantah kenaikan harga bahan api, Peru kenakan perintah berkurung


Presiden Pedro Castillo berkata langkah darurat diambil kerana beberapa kumpulan dilaporkan berusaha untuk menyekat akses ke bandar Lima dan Callao. – Gambar EPA, 5 April, 2022.

PERU mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung di bandar Lima dan Callao berikutan “keganasan” yang tercetus, lapor Agensi Berita Andina pada Selasa.

Semalam keganasan tercetus apabila kesatuan pekerja lori mengadakan mogok membantah kenaikan harga bahan api. 

Presiden Pedro Castillo dalam satu ucapan berkata langkah itu diambil kerana beberapa kumpulan dilaporkan berusaha untuk menyekat akses ke kedua-dua bandar raya berkenaan.

Perintah berkurung berkuat kuasa sehingga tengah malam Selasa, lapor Agensi Anadolu. – Bernama, 5 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen