JEPUN akan membantu memindahkan 20 warga Ukraine yang kini berada di Poland, kata Menteri Luar Yoshimasa Hayashi pada Isnin, lapor agensi berita Kyodo.
“Kami telah memutuskan untuk pindahkan 20 rakyat Ukraine yang mahu ke Jepun dengan menggunakan pesawat kerajaan selepas saya pulang ke Jepun,” kata Hayashi kepada pemberita sebelum meninggalkan Warsaw, Poland.
Hayashi dalam rangka lawatan ke Poland sejak Sabtu, mewakili Perdana Menteri Fumio Kishida.
Lawatan itu sebagai tanda komitmen Tokyo terhadap usaha global dalam membantu rakyat Ukraine yang terjejas ekoran konflik Rusia-Ukraine.
Sehingga Sabtu, 4.17 juta pelarian telah melarikan diri dari Ukraine termasuk 2.42 juta menuju ke Poland, menurut UNHCR. – Bernama, 5 April, 2022.
Komen