PERANCIS berkata ia akan menghalau 35 diplomat Russia dalam sebahagian tindakan bersama Eropah susulan pencerobohan Moscow di Ukraine.
“Perancis memutuskan untuk menghalau pulang pegawai Russia dengan status diplomatik yang bertugas di Perancis di mana aktiviti negara itu bertentangan dengan kepentingan keselamatan kami,” kata Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan.
Sumber kementerian berkata 35 diplomat Russia akan dihalau.
Jerman semalam menghalau sejumlah besar diplomat Russia sebagai tindakan balas terhadap tindakan keganasan yang melampau dilakukan Kremlin di Ukraine.
Tindakan Berlin itu difahamkan membabitkan 40 warga Russia. Lithuania berkata ia menghalau duta Russia susulan keganasan Russia di Ukraine.
Eropah berang dengan tindakan Russia menghantar tenteranya membunuh orang awam di Bucha, di mana berpuluh-puluh mayat ditemui dalam satu kubur besar, dan banyak mayat lain ditemui bersepah di jalan raya di Kyiv.
Kremlin menafikan tuduhan Barat yang tentera Russia bertanggungjawab atas perkara itu. – AFP, 5 April, 2022.
Komen