Polis Kanada tahan lelaki kerat mayat ibu


POLIS Kanada menahan anak lelaki seorang wanita yang mayatnya dikerat dan ditemui disumbat di dalam beg plastic di kaki lima Toronto minggu ini, dan suspek didakwa membunuh.

Pihak berkuasa mendedahkan gambar corak pewarna kuku mangsa yang unik dalam meminta bantuan orang ramai mengenal pasti mayat itu, dan ia membawa kepada penemuan anak lelakinya.

Seorang pejalan kaki menemui mayat itu pada Isnin, di mana polis Toronto dalam satu kenyataan berkata mayat itu ada kesan trauma, termasuk ada bahagian dikerat-kerat.

Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Tien Ly, 46, seorang perias kuku, yang menurut media tempatan, baru-baru ini membuka salun di kawasan beli-belah Yorkville.

Selepas menggeledah pangsapurinya, yang dihumi dengan anak lelakinya, Dallas Ly, 20, polis mula mencari Dallas.

Dallas ditemui dan ditahan pada Sabtu, dan penyiasat mendakwa dia bertanggungjawab as kematian ibunya, dan dituduh membunuh. – AFP, 4 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen