Presiden Serbia isytihar menang pilihan raya


Presiden Serbia Aleksandar Vucic umum menang besar pada pilihan raya semalam, walaupun keputusan rasmi belum diumumkan. – Gambar EPA, 4 April, 2022.

PEMIMPIN Serbia Aleksandar Vucic mendakwa menang besar pada pilihan raya umum (PRU) semalam, membuka laluan untuknya menjadi presiden untuk satu penggal lagi dan melanjutkan pemerintahannya yang sudah sedekad lamanya di negara Balkan itu.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan hari ini tetapi Vucic tampil penuh yakin dengan kemenangannya, hanya beberapa jam selepas waktu mengundi tamat.

“Saya gembira dengan ramainya orang keluar mengundi dan menunjukkan betapa demokrasinya masyarakat Serbia,” kata Vucic dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen negara, berkata beliau memperoleh kira-kira 60% undi.

“Tiada kejutan,” katanya.

Negara yang mempunyai populasi tujuh juta orang itu mengadakan pilihan raya untuk memilih presiden dan 250 ahli Parlimen serta membabitkan pertandingan majlis perbandaran.

Kaji selidik menjelang pilihan raya itu meramalkan parti Vucic, Parti Progresif Serbia (SNS) akan mengekalkan kuasa di Parlimen, sementara presiden akan menyambung penggal kedua. – AFP, 4 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen