Ukraine tawan semula 'seluruh wilayah Kyiv'


Ukraine mendakwa mereka berjaya menawan semula bandar Kyiv yang menjadi sasaran serangan tentera Russia sejak Februari lalu. – Gambar EPA, 3 April, 2022.

UKRAINE menguasai semula seluruh wilayah Kyiv, kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Maliar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

“Irpin, Bucha, Gostomel dan seluruh wilayah Kyiv sudah dikuasai semula,” kata Maliar.

Tentera Russia masih melancarkan serangan udara dan peluru berpandu tetapi kadar kekerapannya berkurangan, menurut kakitangan am Angkatan Tentera Ukraine.

Unit sokongan tentera Russia juga bersedia menyertai operasi ketenteraan di Ukraine. – Bernama, 3 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen