CHINA melaporkan 13,000 kes Covid-19 hari ini, tertinggi sejak kemuncak gelombang pertama pandemik dua tahun lalu.
In kerana menurut pegawai kesihatan negara itu, terdapat penemuan sub-jenis baharu varian Omicron yang dikesan di kawasan Shanghai.
Strategi “sifar Covid-19” China diletakkan di bawah tekanan yang melampau apabila virus itu merebak ke seluruh negara.
Sehingga Mac, China berjaya mengurangkan beban kes harian kepada dua atau tiga digit, dengan kawalan pergerakan setempat, ujian besar-besaran serta sekatan perjalanan.
Namun angka jangkitan meningkat sejak beberapa minggu ini kepada beribu-ribu kes setiap hari, terutamanya di pusat wabak Shanghai.
Ini sekali gus menyebabkan kawasan berkepadatan 25 juta penduduk itu diletakkan di bawah perintah berkurung, hari ini.
Pegawai di Suzhou, sebuah bandar yang terletak 30 minit ke barat Shanghai, mengesan mutasi varian Omicron daripada pangkalan data tempatan atau antarabangsa, lapor media kerajaan hari ini.
“Ini bermakna varian baharu Omicron ditemui di dalam negara,” lapor Xinhua, memetik , Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Suzhou, Zhang Jun.
Wabak semasa juga menguji kesabaran orang Cina terhadap sekatan ketat, ketika sebahagian besar negara di seluruh dunia membuka semula pintu sempadan.
Pada Ahad, 1.5 juta penduduk Baicheng di timur laut China menyertai berpuluh juta rakyat China lain yang dikenakan sekatan pergerakan sepanjang bulan lalu sekali gus mengganggu pekerjaan dan merosakkan ekonomi.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam satu kenyataan, China merekodkan 13,146 kes hari ini, dengan “tiada kematian baharu” dilaporkan.
Ia adalah jumlah jangkitan harian tertinggi negara itu sejak pertengahan Februari 2020. – AFP, 3 April, 2022.
Komen