SEMBILAN individu termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam satu pertembungan di barat Michoacan, Mexico semalam, yang teruk dilanda keganasan dikaitkan dengan jenayah terancang.
“Polis Michoacan, tentera dan polis tempatan melakukan serangan terhadap penjenayah,” kata polis di Twitter.
Agensi itu berkata dalam satu kenaytaan empat orang awam terbunuh di Sahuayo apabila kenderaan yang dinaiki untuk melarikan diri terbalik ketika dikejar pihak berkuasa.
Empat lagi individu bersenjata maut di kawasan sama ketika berbalas tembakan dengan pihak berkuasa, menurut kenyataan itu.
Seorang anggota polis cedera dan dikejarkan ke hospital, tetapi gagal diselamatkan.
Michoacan sekian lama berdepan masalah keganasan dikaitkan dengan jenayah terancang, akibat perbalahan antara geng yang bergaduh terbabit dalam penyeluduan dadah dan aktiviti haram lain.
Pada hujung Mac, sekumpulan lelaki bersenjata membunuh 20 orang di sebuah gelanggang sabung ayam di Zinapecuaro. – AFP, 3 April, 2022.
Komen