KIRA-KIRA 20 orang awam terbunuh dalam satu serangan pada waktu malam di lombong emas di utara Burkina Faso, kata sumber.
“Berpuluh-puluh lelaki bersenjata menunggang motosikal, menyerang lombong emas di Kougdiguin pada malam Jumaat lalu di wilayah Namentenga.
“Kami melaporkan 20 kematian dan jumlah hampir sama mangsa yang cedera,” kata sumber.
Sumber lain berkata jumlah keseluruhan kematian ialah 22, menambah ada antara mangsa ialah wanita dan kanak-kanak.
Sumber hospital berkata 10 mangsa dirawat kerana cedera, dengan sebahagian yang lain menjalani rawatan di pusat kesihatan lain.
Pada 12 Mac, seramai 11 individu terbunuh dalam serangan terhadap lombong emas di utara Burkina Faso.
Hampir 80 yang lain terbunuh dalam tempoh tiga minggu ini dalam serangan dikatakan dilakukan pengganas.
Pemimpin junta Burkina Faso berkata jawatankuasa tempatan akan ditubuhkan bagi mengadakan dialog dengan pengganas untuk membantu memulihkan keamanan. – AFP, 3 April, 2022.
Komen