Pengembara ke Malaysia boleh buat pra-tempah ujian RTK-Ag, kata koperasi perubatan


Ravin Palanisamy

Pengembara ke Malaysia boleh menjalani ujian RTK-Ag di klinik swasta bagi mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2022.

PENGEMBARA ke Malaysia kini boleh membuat tempahan awal ujian RTK-Antigen (RTK-Ag) profesional mereka di klinik swasta bagi mengurangkan kesesakan di lapangan terbang, kata Kooperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA).  

Presidennya Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata kira-kira 2,000 klinik swasta mengambil bahagian dalam program itu dan setiap harga ujian RTK-Ag dikenakan bayaran RM70.

“Perkhidmatan uian RTK-Ag profesional tersedia melalui pra-tempahan dalam talian untuk pelancong antarabangsa di www.traveller.emedasia.com.

“Perkhidmatan ujian berkenaan di klinik yang mengambil bahagian melalui pra-tempahan dalam talian berharga RM60 setiap ujian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KOOP MMA ialah sebuah koperasi oleh ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr Thirunavukarasu berkata ini dilakukan melalui program oleh KOOP MMA - sebuah koperasi oleh ahli MMAMA dan eMedAsia.com - penyedia platform digital program itu.

Beliau mengalu-alukan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjadikan ujian RTK-Ag profesional sebagai keperluan untuk pelancong yang memasuki Malaysia.

Tambahnya ujian yang dijalankan oleh profesional perubatan terlatih akan memastikan ketepatan yang lebih tinggi dalam ujian kerana ia penting dalam mencegah import jangkitan kerana negara terus membuka ekonomi dengan pembukaan semula sempadan kepada pengembara antarabangsa.

“Sektor pelancongan kita yang merupakan salah satu sektor yang paling terjejas oleh wabak itu perlu dilindungi daripada gangguan.

“Kita perlu memastikan langkah pencegahan pada tahap tertinggi untuk semua pelawat ke negara kita dan penduduk untuk peralihan yang lancar ke fasa endemik.

“Kami menjangka ujian di lapangan terbang semasa ketibaan mungkin menahan pelancong dan menyebabkan kesesakan. Ini boleh menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan untuk pelawat antarabangsan dan ia mungkin membawa kepada kluster baharu Covid-19.

“Dengan membuat pra-tempah perkhidmatan ujian RTK-Ag profesional, pengembara boleh mengambil bagasi mereka, menuju ke hotel, menyegarkan diri dan keluar ke klinik untuk menjalani ujian secara eksklusif,” katanya. 

Dr Thirunavukarasu berkata mereka juga sedang mencari perkhidmatan ujian profesional mudah alih di mana perkhidmatan itu boleh dihantar kepada pengembara.

Mulai semalam (1 April) semua pengembara masuk akan diberikan Kad Pengembara pada aplikasi MySejahtera mereka dan dalam masa 24 jam selepas ketibaan mereka perlu mendapatkan ujian RTK-Ag profesional yang dilakukan di mana-mana klinik swasta atau kerajaan dilantik yang menggunakan Sistem eCovid - sistem pengurusan wabak Covid-19 Malaysia.

Kad Pengembara akan dikeluarkan dari aplikasi MySejahtera apabila pengembara diuji negatif dan keputusan dikemas kini pada aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun jika pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya tidak menjalani ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam mereka akan diberikan Perintah Pengawasan Rumah selama lima hari melalui aplikasi MySejahtera.

Semua keputusan ujian yang dikemas kini dalam sistem eCovid atau MyVas akan dikemas kini dalam MySejahtera dalam masa 10 minit. 

Pengembara hanya boleh meninggalkan kemudahan penjagaan kesihatan swasta sebaik sahaja Kad Pengembara dikeluarkan dan MySejahtera dikemas kini dengan keputusannya. – 2 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen