Tidak perlu Sosma, kata kumpulan masyarakat sivil


Noel Achariam Raevathi Supramaniam

AKTA Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membenarkan penahanan sehingga 28 hari tanpa bicara tidak seharusnya disemak semula kerana ia melanggar kebebasan sivil, kata peguam bela hak asasi manusia.

Mereka berkata undang-undang drakonian memberikan terlalu banyak kuasa kepada polis dan sering disalahgunakan.

Seperti Peguam kanan Mohamad Haniff Khatri Abdullah berkata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin boleh membentangkan semula akta itu kerana masih ada empat bulan lagi sebelum ia tamat pada 1 Julai.

Beliau berkata Hamzah sepatutnya meminda peruntukan yang membenarkan penahanan 28 hari tanpa bicara.

“Hamzah boleh membentangkan semula akta itu di Parlimen, beliau mempunyai empat bulan sebelum subseksyen 4 (5) Sosma tamat,” kata peguam itu kepada The Malaysian Insight.

Subseksyen itu membenarkan seseorang individu ditahan selama 28 hari tanpa bicara.

Haniff bagaimanapun berkata jika Hamzah mahu undang-undang itu berpeluang diluluskan oleh Parlimen beliau perlu menghubungi Jabatan Peguam Negara untuk meminda subseksyen 4(5).

Menurutnya Sosma dipinda untuk membenarkan penahanan tujuh hari tanpa bicara, satu tempoh yang boleh dilanjutkan dengan perintah mahkamah.

“Sebelum tempoh tujuh hari itu tamat, bawa ke hadapan majistret dan jelaskan mengapa anda memerlukan lebih banyak hari.

“Walaupun kami boleh mengawal apabila melibatkan kes keganasan kami tidak mahu ia disalahgunakan (pihak berkuasa) dan kami mahu semak dan imbang serta mahkamah adalah terbaik untuk itu,” katanya.

Sub-seksyen 4(11) akta tersebut menyatakan subseksyen 4(5) perlu disemak setiap lima tahun dan akan terhenti jika kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak melanjutkannya.

Minggu lalu, Hamzah gagal dalam usaha memperbaharui peruntukan Sosma. Ia ditolak 86-84 di Dewan Rakyat. Speaker Azhar Azizan Harun menyatakan 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) polis dibenarkan menahan seorang individu selama 24 jam, selepas itu mereka dikehendaki dihadapkan ke mahkamah untuk memohon lanjutan sekiranya memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan. – 1 April, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen