PELAKON Hollywood dan aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesù di Rom semalam, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).
“Saya berdoa agar perang segera tamat. Itulah satu-satunya cara untuk menghentikan penderitaan dan melarikan diri dari kawasan konflik. Sungguh mengerikan apabila melihat kanak-kanak terpaksa menanggungnya, kehilangan nyawa, kesihatan terjejas dan mengalami trauma” katanya.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR berkata empat juta rakyat Ukraine kini terpaksa meninggalkan negara itu selepas pencerobohan Russia. – Bernama, 1 April, 2022.
Komen