UK ikrar tambahan AS$375 juta bantuan kepada Afghanistan


PBB menganggarkan hampir 10 juta kanak-kanak di seluruh Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan segera untuk kelangsungan hidup. – Gambar EPA, 30 Mac, 2022.

UK berkata ia akan memperuntukkan tambahan £286 juta (AS$375 juta) bantuan kecemasan kepada Afghanistan, lapor Sputnik.

“UK bersedia untuk memberikan £286 juta lagi bantuan kecemasan kepada rakyat Afghanistan untuk makanan dan bantuan kecemasan kesihatan,” kata Pejabat Luar, Komanwel & Pembangunan (FCDO) dalam satu kenyataan.

“Selain bantuan kecemasan kemanusiaan, dana itu juga disediakan untuk menyokong perkhidmatan asas seperti meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan, dan membantu petani mengatasi kesan kemarau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PBB menganggarkan hampir 10 juta kanak-kanak di seluruh Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan segera untuk kelangsungan hidup. – Bernama, 30 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen