Daftar masuk MySejahtera kurang praktikal dalam fasa endemik, kata ahli Parlimen DAP


Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata fungsi daftar masuk pada aplikasi MySejahtera kurang pratikal apabila negara beralih kepada fasa endemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2022.

FUNGSI daftar masuk pada aplikasi MySejahtera kurang pratikal apabila negara beralih kepada fasa endemik Covid-19, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Ahli Parlimen DAP itu berkata Putrajaya harus mula menghapuskan keperluan orang ramai untuk mendaftar masuk pada MySejahtera mereka kerana tujuan asalnya untuk pengenalan kontak kini mempunyai nilai epidemiologi yang sedikit.

Pengesanan kontak penting sebelum ini apabila strategi kerajaan adalah untuk membendung dan mengurangkan penyebaran virus.

“Namun kini dengan SOP diubah oleh Kementerian Kesihatan di mana kuarantin tidak lagi diperlukan untuk kontak rapat dan strategi ujian hanya untuk yang bergejala, fungsi daftar masuk mempunyai sedikit nilai epidemiologi.

“Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan harus mula menghapuskan keperluan orang ramai untuk daftar masuk di MySejahtera ketika kita menghampiri fasa endemik dan belajar untuk hidup dengan Covid-19 terutamanya memandangkan rancangan kerajaan untuk membuka sempadan dan mengurangkan sekatan apabila melibatkan sekatan Covid-19,” kata ahli Parlimen DAP itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau juga mempersoalkan berapa banyak jangkitan Covid-19 yang benar-benar dikesan dan pemberitahuan kepada orang ramai dibuat melalui ciri pengesanan kenalan daftar masuk dalam MySejahtera.

“Keberkesanan fungsi ini sudah tentu menjadi persoalan dan kerajaan perlu menjelaskan walaupun statistik dan peratusan kes yang dikesan melalui mekanisme pengesanan kenalan MySejahtera,” katanya.

Yii berkata dengan endemik statregik negara menentang Covid-19 perlu diubah. – 28 Mac, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen